Wednesday, May 5, 2010

SURAT TERBUKA BUAT KETUA EDITOR

Tuan/Puan yang dihormati,

Izinkan saya, memperkenalkan diri saya sebagai salah seorang pembaca surat khabar yang kini, sudah jarang membeli surat khabar tempatan, bagi mengetahui keadaan semasa negara kita tercinta Malaysia.

Sebenarnya pada awalnya saya ingin menulis sesuatu yang agak sarcastic buat para penulis berita, namun apabila difikirkan kembali, penulis berita sememangnya terdiri dari mereka-mereka yang cintakan kebenaran, yang hanya menulis fakta yang benar dan tulus bukan rekaan buat memuaskan hati sesiapa, malah bukan untuk mendapat pujian dari si pemberi gaji. bagi saya, penulis berita adalah satu pekerjaan yang mulia sehinggalah susu putih ini dititikkan nila oleh seseorang yang dipanggil KETUA EDITOR. semuanya atas dasar birokrasi.

setiap sesuatu itu diciptakan Allah mempunyai fungsi masing-masing, dan setiap pekerjaan itu menuntut kewajiban terhadap perlaksaan amanah fungsi pekerjaan itu sendiri. persoalannya, sebagai ketua editor, apakah fungsi anda sebenarnya?

setiap tukang masak merasa puas apabila penjamu makan dengan amat berselera, suatu tanda penghargaan dan pujian bahawasanya masakan yang dimasak itu sedap. namun, melihat kepada sumpah seranah yang diterima terhadap hampir semua suratkhabar tempatan (surat khabar bahasa melayu) apakah bentuk dan jenis pengiktirafan ini boleh dikategorikan? bolehkah saya kategorikan ia sebagai 'baca dan syok sendiri'?

setiap penulis buku pasti berpuas hati melihat cetakan buku dibuat berulang kali, best seller book...dengan cek penerbit yang sering meningkat...tentu isi kandungannya menarik bukan? namun, mengapa hampir semua tulisan dari surat khabar tuan, akhirnya dibuat sebagai pembalut ikan, pembungkus barang atau pengelap najis? maafkan saya, tapi inilah kenyataannya.

mungkin perumpamaan ini lebih dekat, tulisan-tulisan dari dari berita yang terpampang di dada akhbar anda, setaraf dengan majalah mangga atau mungkin playboy?

berkatalah perkara yang benar, dan luahkan ia dalam bentuk tulisan. hati tuan sekelian tahu, sekiranya tuan tidak menceritakan perkara yang benar, tuan menipu diri sendiri, keluarga, masyarakat terutama kami, masyarakat yang membaca.

sekiranya ini dianggap terpaksa atau 'darurat', menipu kerana mengharapkan balasan wang ringgit, samalah tuan seperti pelacur yang menjual diri, demi untuk hidup. peduli apa dengan maruah, persetankan nilai diri. begitulah jatidiri seorang murahan.

di luar seberang sana, pemberita dan editornya sanggup mati, demi merakamkan perkara sebenar. hati mereka tidak boleh diniagakan, kerana demi cintakan kebenaran dan tanggungjawab menyampaikan hanya yang benar, walaupun, berlari di bawah ratusan peluru berterbangan dan berpijakkan tanah yang mungkin ditanam peletup automatik. alangkah bagus sekiranya mereka ini muslim, mati dalam menjalankan pekerjaan murni, dan syahid dalam menjalankan tugas. dari segi kemuliaan, tuan berada di anak tangga ke berapa?

bagaimana dengan tuan, ketua editor? 'tuhan' anda menjanjikan 'syurga' sementara di dunia, dan anda terima. terus menerus anda ditipu dan anda juga mahu menipu kami. tidakkah anda sedar bahawasanya, kami dikurniakan akal fikiran supaya waras berfikir yang mana kepalsuan bodoh dan yang mana sahih? tindakan tuan menyebabkan lebih ramai pembaca 'celik' dan mahukan kebenaran yang hakiki. desakan ini semakin lama semakin kuat, dan akhirnya tuan dan akhbar tuan tidak lagi signifikan langsung, melainkan remaja yang ingin tahu artis itu dan ini pakai baju warna apa semalam.

hidup dalam ketakutan, itulah yang berjaya disemai ke dalam kesumat diri tuan-tuan. kita ada anak isteri, tentu periuk nasi mesti dijaga bukan? teruskan, sumbat mereka dengan kemewahan dan bila jari jemari tuan terketar-ketar memegang pena atau memetik keyboard komputer, ceritalah tentang betapa hebatnya perjuangan tuan dalam bidang penyiaran. berbanggalah dengan sejarah hidup tuan yang penuh kepalsuan itu.

alangkah enak nasi yang dimasak oleh si penunggang basikal hasil dari jualan surat khabar lama.

sekian.

pengikut setia malaysiakini@youtube

2 comments:

  1. Doc Mariam, syabas kerana telah berjaya meluahkan perasaan dengan berkesan sekali. Perasaan muak yang memang telah lama terbenam di sanubari manusia yang waras dan kenal apa itu dosa apa itu pahala dan manusia yang percaya ada nya pembalasan di akhirat nanti dari Allah.

    ReplyDelete
  2. salam saudara, terima kasih atas komen bernas. sama-sama kita doakan kita akan mengecapi kemerdekaan yang sebenarnya, insyaAllah..

    ReplyDelete