Friday, January 29, 2010

Ikhlas itu tidak semudah ucapan

Hari ini biarlah saya buat catitan ikhlas, bahawasanya saya telah melalui sesi terus terang petang tadi, 6.15 petang bersamaan dengan 29hb Januari, 2010, agar terang terus kemelut hati yang melanda di antara saya dengan rakan kongsi tidak rasmi saya ini. (perkongsian tidak pernah didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM).

Kami telah mencuba untuk berbuat sesuatu bersama-sama, malah saya pernah memohon beliau memasukkan nama beliau di dalam syarikat saya memandangkan beliau mempunyai kekuatan di bidang beliau, dan saya mempunyai kekuatan di bidang saya. Gabungan ini pasti hebat, namun sayangnya, rupanya saya ini tidak signifikan buatnya. Beberapa kali pelawaan saya ditolak olehnya atas sebab tidak mahu terikat.

Namun baru-baru ini, apa yang telah dilakukan adalah bertentangan dengan apa yang dikatakan kepada saya, di mana beliau telah menggunakan anaknya sebagai proksi di dalam syarikat yang baru ditubuhkan dengan orang lain, di belakang pengetahuan saya. Kerja-kerja 'double check' ini sememang sgt mudah bagi saya, maklumlah ini sebahagian kerja harian saya. Perasaan saya bila mengetahui keputusan 'checking' saya? kecewa.

Biasalah, apabila hati saya merasa curiga, saya akan segera menyiasat, sebelum melayan perasaan curiga bagi memuaskan rasa ingin tahu yang selalunya menebal dalam diri saya. Saya telah membuat search di SSM dan terbukti, sememangnya saya diketepi seolah-olah saya berupa seseorang yang tiada perasaan yang halus dan tak bisa tersinggung. Lebih ironi lagi alamat pejabat saya digunakan secara sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah kerana tidak memohon kebenaran saya untuk berbuat demikian. Bukan itu saya, nama syarikat yang ditubuhkan amat kena mengena dengan ‘nature’ bisnis saya. Orang-orang yang terlibat ialah di kalangan sahabat saya sendiri, rakan perbincangan spiritual saya!! Apakah maknanya semua ini?

Hari ini, saya telah berjaya mengawal emosi, Alhamdulillah, dan menyatakan luahan hati saya kepada tentang betapa saya merasai diinaya, ditipu dan diketepikan apabila beliau bergabung dengan orang lain untuk suatu jenis perniagaan yang pada awalnya kami berancang untuk menjayakan bersama-sama. Saya bersyukur walaupun saya sensitif, saya telah bertindak professional dan berbincang secara rasional setelah membujuk hati ini berminggu-minggu lamanya.

Saya masih bisa tersenyum sambil mata memandang tepat ke matanya, namun beliau hanya tunduk dan bercakap sambil makan, dan saya faham, rasa bersalahnya amat menebal. Saya bukan mahu menghukum, apa yang sudah berlaku ada hikmahnya, pastinya Allah mengadakan ini tentu akan mencetus pengajaran-pengajaran yang belum tentu dapat dibaca di dalam buku. Memang cantik aturanNya.

Beliau menyatakan keberatan untuk berpisah dengan saya, maksud saya, untuk keluar dari pejabat saya. Tidak perlu saya marah atau mahu membalas dendam. Saya katakan kepadanya bahawa dahulu saya punya sedikit harapan untuk kami bersama-sama mengusahakan ‘part time’ bisnis kami , namun harapan itu sudah lenyap sekarang. Beliau mengangguk- anggukkan kepalanya tanda setuju, dan saya pasti beliau faham mengapa saya memilih untuk tidak terus bersamanya. Dengan membenarkan beliau terus di pejabat saya, merupakan suatu tindakan yang tidak memberi hak kepada diri saya. Saya perlu pertahankan hak saya sebagai empunya pejabat dan pada masa yang sama sebagai orang yang telah di'pinggirkan', saya mahu bersendirian.

Antara kami pasti tiada penghalang untuk terus berkawan, namun untuk kami berbisnis, mungkin suatu perkara yang mustahil selepas ini. Keikhlasan di dalam bersahabat rupanya menuntut refleksi yang lebih besar. Apa yang berlaku telah memotivasikan saya untuk terus maju dalam keadaan lebih berhati-hati . no one is perfect. Barulah saya faham betapa keikhlasan itu bukannya mudah diterjemahkan dengan tindakan.

6 comments:

  1. Setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya.. anggap laa ini sebagai satu dugaan dari Nya.. untuk kita terus berusaha dan maju ke hadapan.. Allah tidak akan memberi dugaan yg tidak mampu dihadapi oleh hamba2Nya. Keep moving foward. Thanks for following my blog.. :). Salam ziarah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas comment. saya suka baca blog saudara kerana catitan saudara bisa membuat saya tersenyum dan ada ketikanya saya ketawa tanpa henti...

    selamat berkarya :)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Hm...........
    Kata seorang insan yang pernah menuduh saya melukakan hatinya ialah "anda tidak ikhlas". Ha..........!!!
    Bukankah keikhlasan itu Nabi Muhammad SAW sendiri kata, seumpama semut hitam, atas batu hitam dalam malam yang hitam pekat?

    Nah...you're as tough as Dr.Mahathir, surely this kind of matter you can get over it asap. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Aliff, pada pendapat saya, keikhlasan itu kerja hati...tak sapa yang nampak kecuali Dia...ucaplah 'senyuman ikhlas, bantuan ikhlas, derma ikhlas, pengakuan ikhlas...dan pelbagai ikhlas...asli atau palsu sifatnya susah ditelah...

    ReplyDelete
  5. Dalam memilih rakan perkongsian, saya menitik beratkan sifat jujur, ikhlas, amanah dan boleh buat kerja. Kalau jujur, ikhlas & amanah tapi tak boleh buat kerja pun masalah jugak. Kalau boleh buat kerja tapi tak jujur, ikhlas dan amanah....huh pening jugak

    ReplyDelete
  6. haha...benar tu azizan, macam2 ada..

    ReplyDelete